Debate

   Salam,semua ..minggu ni kebosanan yg teramat sgt sdg melanda di ruah aku ..huhu...mmg tak buat ape lar lau duk rumah takde keje ni..aku mula2 pikir best jugak duk rumah nir tapi entahlah mmg tak best la kalau tak buat apa2..

      Tapi nasib baik ade team debat aku mse skolah dulu : Amin sbb dah bagi aku kerja
eyt,kerja ape ???before that biar aku cerita dulu Amin ni mmg pndai debat B.A and aku salute la kat die ckap lancar je bahasa arab and dia selalu dapat jadi best debator ..sekarang ni pulak dia tgh sambung STAM dkat KKB...

team debat sekolah (debat BM + BA) mase dkat UIA

Team debat BA SAMER + Team debat BA UIA


So,apa kerja nyer,panjang betul aku cerita kan..hehe...disebabkan dia masih bersekolah so paham2 lar ek ,mestilah debat ..dia mintak tolong aku carikan isi and trgkan ape yg aku paham pasal tajuk debat ni..eh,mesti korang pelikkan ,aku pun plik knapa mintak tlong aku sedangkan dia mmg dah biasa debat2 ni smpai jadi pendebat terbaik bagai so dah terbukti kami dapat buat yg terbaik (even tak menang) dalam debat ni sebab kerjasama and komited nye kami dalam debat ni..

'tapi takkan lar dia takde team debat kat sane??'mmg ade tapi sebab kan dia dah biasa ngan aku so dia lagi selesa nak bincang dgn aku lagi pun budak2 debat dia tu mcm taknak debat je lagi buat dia geram tu..kesian kau Amin...haha..takpe2 aku boleh tolong lagipun otak aku ni dah lama tak digunakan untuk berfikir benda2 yg complicated macam ni..

Tajuk debat : Sekolah kerajaan lebih baik daripada sekolah swasta dari segi kemenjadian manusia

PRO 

PRO???ape tu???budak debat biaselar pro tu samelar mcm kerajaan ...
kerajaan perlu menyokong usul ini so dia mesti menyatakan bahawa sek kerajaan tu banyak benefit daripada sek swasta tapi korang kene pndai main dgn kate2 tau kne pndai putar belit ...

Kerajaan yuran lebih murah kerana gaji guru adalah kerajaan yg byr so yuran yg perlu dibayar oleh parent hanyalah yg perlu seperti yuran peperiksaan dan sebagainya.Sekolah kerajaan tersangatlah mementingkan disiplin so akhlak mereka lebih terjaga tambah lagi sebab guru2 ni tak perlu risau parent mrah sbb peaturan yg tercatat adlah atas kebenaran pihak kementerian so jika parent nak bwk pegi kementerian pun tak boleh sbb kementerian punya kebenaran..
Akhlak sekolah kerajaan jugak terjamin sbb sekolah kerajaan berpegang pada falsafah pend Negara iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
sudah termaktub dlm akta pendidikan 1996 bahawa stiap sekolah kerajaan berpaksikan ats falsafah pendidikan tersebut..jdi sekolah ini akan mempunyai system di mana ia akan menitikberatkan disiplin pelajar..Sekolah kerajaan lebih besar peluang untuk aktiviti koko sbb mndapat jemputan untuk ke pertandingan besr2 ni and scara tak lgsung mrkah koko pun dpt dikaut dan menjdi 1 kelebihan untuk masuk ke uni ..sdgkan untuk pergi ke overseas and dapatkan biasiswa pun kne dptkan mrkah koko 98%...kiranya kemenjadian manusia ni lebih refer pada akhlak manusia so walaupun pndai mane pun pelajr tersebut tetapi akhlak ke mana ttap tak menepati kemenjadian manusia tu...
Swasta yuran mahal sebab gaji guru sendiri tanggung so daripada yuran murid lah duit untuk gaji guru ni sebab tu mahal ,tambahan pula mereka tidak diberi bantuan seperti sekolah kerajaan..Sekolah swasta tak mementingkan disiplin sebabnye biler parent dah byr mahal2 mereka tak boleh nak marah anak2 diorang sbb takut parents diorang tukarkan sekolah sedangkan parents diorang nila sumber rezeki klau tak rmai student mcm mne nak byr gaji guru and naik taraf sekolah..Sekolah swata pula falsafah sekolahnye tidak terjamin kerana segala-galanya terletak pd tgn pengetua sekolah swasta tersebut and kebanyakan pengetua hanya tertumpu pada pencapaian pelajar tanpa menitikberatkan disiplin mereka...Sekolah swasta pulak peluang untuk mendapatkan peluang ke pertandingan ini kecil sbb sekolah swasta adakalnya tiada dlm senarai sekolah yg tersedia pd kementerian sbb sek swasta merupakan sekolah persendirian yg diusahakan ats nama org atau sykt..

3. Keburukan pendidikan swasta :

(a) Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%. Mereka terpaksa menyelewengan sedikit untuk menarik minat pembelajaran.

(b) Terlalu mementingkan keuntungan – bayaran yuran tinggi – orang kaya sahaja yang mampu. Ini disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud dalam perniagaan. 

(c) Wujudnya penyelewengan – Sekolah swasta tutup kalau rugi. Pelajar-pelajar yang ada terpaksa diberhentikan. Ini akan menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan tentang kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.

(d) Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru sekolah-sekolah swasta terlatih ? Mampu mereka menegaskan disiplin dan menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan berkesan.
so , 
CONTRA 

CONTRA???NI plak lebih kurg mcm pembangkang lar....so pembangkang plak kena bangkang usul ni dgn mengatakan bahawa skola swasta lagi bagus dari sekola kerajaan dari segi kemenjadian manusia..
           Sekolah swasta lebih baik drpd sekolah kerajaan kerana sekolah tersebut silibus pelajarannya lebih advance spt student drjah 1 sudah belajar silibus student drjah 2 dan 3 tapi di skola kerajaan silibus perlu ikut yg ditetapkan..malahan guru2 skolah swasta diambil btul2 berdasarkan pengalaman serta kebagusan mereka mengikut pengetua punya sukatan sendiri jadi pengetua boleh pilih mane yg terbaik tapi kalau sekolah kerajaan ,kementerian yg ttapkan guru2 baru ini ke sekolah bukan pengetua so tidak terjamin efektif guru tersebut..Sekolah swasta lebih baik drpd sekolah kerajaan kerana sekolah tersebut silibus pelajarannya lebih advance spt student drjah 1 sudah belajar silibus student drjah 2 dan 3 tapi di skola kerajaan silibus perlu ikut yg ditetapkan..
      malahan guru2 skolah swasta diambil btul2 berdasarkan pengalaman serta kebagusan mereka mengikut pengetua punya sukatan sendiri jadi pengetua boleh pilih mane yg terbaik tapi kalau sekolah kerajaan ,kementerian yg ttapkan guru2 baru ini ke sekolah bukan pengetua so tidak terjamin efektif guru tersebut..
      ·  Definisi : Sektor swasta memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai WAWASAN 2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat bimbingan dan sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan pendidikan di Malaysia.

2. Kabaikan / Peranan pendidikan swasta :

(a) Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan pelajaran. Mereka yang gagal peperiksaan, tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita rasa sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah swasta mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh mengatasi masalah psikologi pelajar yang gagal dan mereka belum bersedia untuk berdikari.

(b) Pertukaran wang asing dapat dijimatkan. Tidak perlu membayar lebih kerana belajar di dalam negeri. Bayaran yuran yang rendah dan perbelanjaan harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh dijimatkan. Nilai mata wang yang rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana universiti tempatan tidak menawarkan tempat yang mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang negatif. Hal ini kerana apabila institusi kerajaan tak dpt nak trima golongan gagal ini atau tidak mempunyai kekosongan mereka akan lebih cenderung ke luar Negara ttapi dgn sekolah swasta hal ini dpt dibendung.

(c) Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi. Menawarkan banyak pilihan kursus. Ada yang bercorak profesional juga. Contoh seperti sesetengah skolah swasta yg menawarkan kelas tarian ,kelas jahitan atau kelas kepimpinan . Membantu kerajaan menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir, berilmu dan berpengetahuan untuk menyumbangkan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan kemahiran sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah perindustrian yang maju. .


(d) Teknik pembelajaran yang berkesan. Menyediakan pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan dengan berhawa dingin. Lebih ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan muzik bagi menenteramkan suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang besar dan mampu menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba lengkap. Menyediakan sistem pentadbiran yang berkesan dan profesional. Guru dan pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk mengajar. Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris untuk peperiksaan Toefl dan A Levels.

(e) Kegiatan ekonomi yang berpotensi. Untuk kemajuan ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi adalah penting untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf profesionalme dengan menawarkan kursus-kursus yang baik demi manarik pelajar dan mengaut keuntungan. 

so that's alll dripada aku...ambik yg jernih buang yg keruh...hopefully korang dpt benefit drpd apa yg aku cuba  smpaikan dlm entry pd kali ni,..hehe...GOOD LUCK to AMIN yg bakal pergi USIM tuk debat BA...

tak lupa jugak untuk semua 25th SAMERIAN GENERATION yg pegi KKB untuk STAM...

p/s : good luck jugak untuk diri sndiri yg sdg menghitung hari untuk result SPM...fuhh..cuak kot...doakan kami 25th SAMERIAN GENERATION...





Comments

Popular Posts